fbpx
Tangkap layar video dirakam Ain yang dimuat naik ke laman Twitter.

Pelajar dakwa guru galakkan perbuatan merogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah didakwa bergurau keterlaluan apabila menggalakkan pelajar-pelajarnya melakukan perbuatan merogol.

Menurut pengguna Twitter bernama Ain, kejadian itu berlaku semalam ketika kelasnya sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan guru lelaki berkenaan.

Katanya, pada mulanya ia berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai gangguan seksual dan cara-cara menjaga diri masing-masing.

“Bagaimanapun, perlahan-lahan gurauan itu menjadi semakin pelik dan lucah. Kemudian, kami bercakap mengenai terdapat pelbagai undang-undang yang melindungi kanak-kanak bawah umur daripada penderaan dan gangguan seksual.

“Guru itu kemudian berkata, jika pelajar-pelajar nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18 tahun, rogol yang 18 tahun ke atas,” katanya menerusi satu video TikTok sebelum dimuat naik ke laman Twitter hari ini.

Menurut Ain, semua pelajar perempuan tidak memberikan reaksi terhadap gurauan itu dan mendiamkan diri namun ia disambut dengan gelak ketawa pelajar lelaki.

“Mereka ketawa bagaikan ia begitu lucu untuk bergurau tentang merogol seseorang.

“Turut diperkatakan adalah sekiranya lelaki dirogol, ia tidak akan dilaporkan kerana mereka berasa ‘sedap’. Seakan-akan mereka mahu ia berlaku pada diri mereka,” katanya. – K! ONLINE