fbpx

Empat lagi kes varian South African B.1.351

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan kewujudan empat lagi kes tempatan Covid-19 dijangkiti varian South African B.1.351, menjadikan jumlah terkini sebanyak 21 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut dikesan melalui survelan genomik yang dijalankan dari 15 April hingga 23 April

“Daripada jumlah ini, tiga dilaporkan di daerah Kuala Langat, manakala satu kes lagi merupakan kes pertama di luar Selangor iaitu kes Covid-19 yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan.

“Dua daripada kes tersebut ditemui dalam Kluster Teknologi Emas, satu saringan kontak rapat manakala, satu lagi kes pula punca masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, melalui survelan genomik terkini bagi tempoh yang sama, sebanyak 29 kes Covid-19 telah menjalani jujukan genom penuh merangkumi negeri Johor, Selangor, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak.

“Data genom SARS-CoV-2 bagi kes-kes ini menunjukkan kitaran lineage yang lazim dijumpai iaitu Malaysian B.1.524 di Semenanjung dan B.1.466.2 di Sarawak yang dikategorikan sebagai bukan Variant of Concern. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI