fbpx

Sekolah tutup meningkat kepada 34 buah di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Nong Chik, Johor Bahru antara 34 buah sekolah di Johor diarah tutup susulan terdapat kes positif Covid-19.

JOHOR BAHRU – Jumlah sekolah yang ditutup di negeri ini disebabkan penularan wabak Covid-19 meningkat kepada 34 buah sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, tiga lagi sekolah ditutup bermula semalam melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian.

Beliau berkata, penutupan itu melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Tambatan di daerah ini.

“Satu lagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Osman Sa’at di Pontian turut ditutup. Tiga sekolah ini yang terbaharu ditutup.

“Sebelum ini 20 sekolah kerajaan manakala 10 lagi sekolah swasta dan satu sekolah agama ditutup,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, kerajaan negeri mengarahkan 10 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di empat daerah ditutup bermula antara Ahad lalu hingga 3 Mei ini selepas terdapat penularan wabak pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, arahan penutupan melibatkan tempoh yang berbeza-besa mengikut sekolah terbabit iaitu di Mersing, Kota Tinggi dan Kulai dan di daerah ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI