fbpx

Peminat titip doa agar Nelydia istiqamah bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Nelydia (kiri) yang memakai tudung menarik perhatian peminat baru-baru ini.

KETIKA semua sedang terbuai dengan kisah cinta romantis Uqasha Senrose dan Kamal Adli, fokus tiba-tiba teralih kepada pelakon Nelydia Senrose.

Mana tidaknya, Nelydia tampil manis berhijab pada majlis sambutan hari lahir Kamal baru-baru ini. Alahai, cantiknya!

Manis memakai selendang hitam, dia memang nampak sangat ayu dengan penampilan begitu.

Namun, tidak pastilah imej tersebut kekal atau hanya sekadar menghormati bulan Ramadan sahaja.

Disebabkan imej berkenaan, ramai yang mendoakan agar dia terus istiqamah dengan penampilan tersebut.

Mizz Lahar pun doakan agar Nelydia kekal berhijab. Harap sangat tiada lagi kisah artis tudung ‘terbang’ selepas ini.

MIZZ LAHAR: Ramai artis wanita yang berhijab pada bulan Ramadan ini. Alhamdulillah. Semoga diberikan hidayah dan rahmat daripada Tuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI