fbpx

Kluster kaya Covid-19 Thailand enggan ke hospital kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan perubatan melihat rakaman kamera televisyen litar tertutup yang dipasang di Sekolah Nonthaburi Wittayalai yang telah diubah menjadi hospital sementara dengan 700 katil di wilayah Nonthaburi bagi pesakit Covid-19 dengan gejala ringan. - Pattarapong Chatpattarasill

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sejumlah pesakit Covid-19 yang enggan dipindahkan ke hospital untuk rawatan, lapor akhbar Bangkok Post, hari ini.

Langkah itu bakal diambil selepas 74 pesakit Covid-19 kebanyakannya di Bangkok, memilih untuk kuarantin di rumah.

Mereka memberitahu kementerian bahawa tinggal di hospital sementara yang ditubuhkan kerajaan akan menyusahkan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Sathit Pitutecha.

Bercakap pada sidang media semalam,Sathit meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir rakyat ketika negara berdepan krisis seperti ini.

“Setiap pesakit Covid-19 mesti dijaga oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Awam di kemudahan perubatan kementerian dan jika tidak mengikuti arahan ini, mereka telah melanggar undang-undang penyakit berjangkit.

“Kementerian sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menolak untuk mengikuti peraturan kementerian,” katanya.

Beliau mengesahkan telah mendapat maklumat bahawa pesakit yang enggan dipindahkan ke hospital sementara kebanyakannya dari kluster pub dan bar di daerah Thong Lor.

Pesakit dari kluster ini dilaporkan berasal dari keluarga yang kaya dan memberitahu kakitangan kementerian ingin menerima rawatan di bilik peribadi di hospital swasta sahaja.

Tambah Sathit, gejala Covid-19 boleh bertukar menjadi buruk pada bila-bila masa dan ia meningkatkan risiko yang lebih besar buat pesakit jika tidak dipantau oleh pegawai perubatan kementerian.

Sementara itu, polis telah memanggil dua eksekutif Krystal Club dan Emerald Lounge untuk disoal siasat pada 3 Mei di balai polis Thong Lor, semalam berkenaan kewujudan kluster di sana.

Kedua-dua pemilik pub, Kiattipong Khamtai dan Decha Pilalee dituduh melanggar perintah darurat dan membuka tempat hiburan tanpa kebenaran.

Terdahulu, Perdana Menteri Thailand telah mengenakan beberapa sekatan ketat ke atas beberapa wilayah di negara itu termasuk Bangkok selepas jumlah kes positif harian naik mendadak sehinggga melebih 1,500 sejak minggu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI