fbpx

Gua Musang kedua terendah daftar vaksin di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rafiq (kiri) bersama Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika menjalankan rondaan pematuhan SOP penjaja di Bandar Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Daerah ini berada dalam kelompok kedua terendah daripada 10 daerah lain di Kelantan dalam aspek bilangan penduduk yang telah mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menerusi aplikasi MySejahtera.

Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang, Dr. Mohamad Rafiq Mohd. Kasri berkata, setakat ini, hanya seramai 13,000 daripada 70,000 orang jumlah keseluruhan penduduk di Gua Musang telah mendaftar vaksin Covid-19.

Katanya, berdasarkan data pada minggu lalu, Jeli merupakan daerah terendah bilangan penduduk yang mendaftar vaksin di Kelantan diikuti Gua Musang dan Machang.

Ujarnya, kurang kesedaran berkaitan kepentingan vaksin dan tiada aplikasi MySejahtera dilihat antara punca sebahagian besar masyarakat Orang Asli di pedalaman daerah ini yang masih belum mendaftar bagi PICK.

“Selain Orang Asli, golongan warga emas di kawasan kampung juga masih tidak mendaftar vaksin kerana capaian internet yang rendah.

“Keadaan itu menyebabkan Jabatan Kesihatan Daerah telah mengerakkan agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan melaksanakan program Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) untuk membuat pendaftaran secara manual,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI