fbpx

Tiga lelaki warga Afrika diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang terbabas ke dalam longkang di Lebuh Raya Maju (MEX Expressway) pada Isnin lalu.

PETALING JAYA – Polis sedang memburu tiga lelaki warga Afrika selepas melarikan diri dari pemeriksaan polis di Bulatan Hillview, Hulu Kelang di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.15 pagi ketika anggota kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya cuba menahan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) Toyota Vellfire yang mencurigakan.

“Sebaik anggota bertugas cuba menahan kenderaan yang dinaiki tiga lelaki warga Afrika tersebut, pemandu kenderaan berkenaan telah memecut laju dan melarikan diri ke arah Jalan Ampang.

“Bagaimanapun, kenderaan tersebut didapati terbabas ke dalam longkang di Lebuh Raya Maju (MEX Expressway) menghala ke Putrajaya. Ketiga-tiga warga asing tersebut telah melarikan diri selepas kemalangan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut didaftarkan atas penama warga tempatan dan tiada rekod hilang.

“Polis juga menemui beberapa topeng muka berwarna hitam dan putih di dalam kenderaan tersebut dan membawa kenderaan itu ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut juga mendapati seorang lelaki warganegara asing telah menyewa kenderaan berkenaan dari sebuah syarikat sewa kereta di Cheras 2, Balakong. Pemilik kenderaan telah dipanggil untuk memberi keterangan,” jelasnya.

Kes disiasat dibawah seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI