fbpx
Anggota penguat kuasa KPDNHEP memeriksa harga ayam di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya hari ini.

Kestabilan harga barangan beri manfaat kepada pengguna, peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kestabilan harga barangan yang dikawal perlu diselaraskan bagi memastikan bukan sahaja pengguna tetapi peniaga boleh menikmatinya pada harga yang lebih munasabah.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, semua pihak perlu mematuhi arahan ditetapkan kerajaan bagi memastikan bekalan ayam dan barang-barang yang dikawal berada paras mencukupi.

Beliau berkata, pada masa sama, KPDNHEP juga ingin memastikan bahawa terdapat kestabilan dari segi harga kerana bukan sahaja pengguna boleh menikmati harga lebih munasabah tetapi para peniaga juga dapat memperoleh manfaat sama memandangkan sebahagian barang itu dibeli oleh peniaga.

“Jadi sekiranya harga ini tidak stabil, peniaga pun tidak dapat tetapkan harga. Mungkin harga di bazar Ramadan hari ini RM5, mungkin dua hari lagi RM7 atau RM9 sekali gus menyusahkan ramai pihak

“Justeru, salah satu objektif Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 adalah untuk pastikan harga barangan yang terpilih berada pada tahap stabil bagi tempoh-tempoh tertentu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, hari ini. -K! ONLINE