fbpx

70kg udang ketak seludup dari Indonesia disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara udang ketak dari Indonesia ditahan Maqis Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, Johor, Isnin lalu.

ISKANDAR PUTERI – Udang ketak sejuk beku seberat 70 kilogram (kg) ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor dalam satu pemeriksaan yang dijalankan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini Isnin lalu.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, udang ketak berkenaan dikesan pihaknya semasa membuat pemeriksaan terhadap sebuah kontena pada pukul 3 petang.

Menurut beliau, kontena berkenaan mengandungi pelbagai produk sejuk beku yang dibawa masuk dari Indonesia.

“Penguatkuasa memeriksa sebuah kontena membawa masuk pelbagai jenis ikan sejuk beku antaranya ialah udang ketak sejuk beku sebanyak 70 kg bernilai RM8,400.

“Hasil pemeriksan lanjut yang dijalankan mendapati udang ketak sejuk beku berkenaan telah dibawa masuk tanpa permit import,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hizzuam, ejen penghantaran kontena terbabit dilepaskan selepas keterangannya diambil untuk siasatan.

“Kes akan disiasat di bawah seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI