fbpx

Wanita dakwa lihat kelibat ‘anak dinosaur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar CCTV di kediaman seorang wanita di Florida menunjukkan kelibat makhluk seperti anak dinosaur (dalam bulatan) spesies velociraptor. – FoxNews13

TALLAHASSEE, Florida – Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat (AS) menimbulkan perdebatan di media sosial apabila dia mendakwa seekor ‘anak dinosour’ melintas di laman rumah­nya baru-baru ini.

Akhbar Daily Mail kelmarin memetik Cristina Ryan berkata, kelibat ‘anak dinosaur’ itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) anjung rumah­nya sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan).

Rakaman CCTV menunjukkan satu lembaga berkaki empat dengan ekor panjang berlari di halaman rumahnya.

 ILUSTRASI menunjukkan dinosaur spesies   velociraptor. – FoxNews13

“Lembaga itu kelihatan seperti ‘anak dinosaur’ jenis velociraptor kerana cara haiwan itu berjalan menggunakan dua kaki belakang sama seperti yang saya tonton dalam filem popular Jurassic Park.

“Saya memuat naik rakaman di media sosial dan ada yang mengatakan bahawa itu burung tetapi tidak munasabah kerana haiwan itu ada dua kaki kecil pada badannya,” kata Ryan.

Tangkap layar ‘anak dinosaur’ itu mengundang pelbagai komen netizen termasuk yang berkata bahawa haiwan itu sejenis burung mirip dinosaur dan kerap ditemui di Florida.

“Ia kelihatan seperti dinosaur tetapi sebenarnya burung gergasi. Spesis ini memang banyak di Florida,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI