fbpx

Cat paling putih di dunia boleh ganti pendingin hawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xiulin Ruan, seorang profesor kejuruteraan mekanikal Universiti Purdue, menyimpan sampel cat putihnya di makmalnya. - Universiti Purdue / Jared Pike

INDIANAPOLIS, Indiana  – Pasukan saintis Universiti Purdue di negeri Indiana, Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa mereka berjaya mencipta cat paling putih dan sejuk pernah dihasilkan  di dunia.

Bangunan dicat  warna putih sudah lama disebut sebagai salah satu alternatif untuk menyelesaikan masalah bahang dan kepanasan.

Namun begitu, cat warna putih sedia ada di pasaran hanya memantulkan 80 hingga 90 peratus cahaya matahari dan  tidak menyejukkan bumbung bangunan lebih renda daripada suhu udara, lapor akhbar The Guardian baru-baru ini.

Penciptaan cat paling putih di dunia ini dikatakan mampu mengubah keadaan itu dan membantu menyejukkan udara bangunan yang dicat.

“Cat kami dapat membantu memerangi pemanasan global dengan membantu menyejukkan Bumi yang merupakan faktor paling menarik tentangnya.

“Menghasilkan cat putih paling putih bermaksud cat dapat memantulkan jumlah maksimum cahaya matahari kembali ke angkasa,” kata Profesor Universiti Purdue, Xiulin Ruan kepada The Guardian.

Cat putih itu yang diperkenalkan baru-baru ini dapat memantulkan cahaya matahari sehingga 98.1 peratus dan menyejukkan permukaan dinding sebanyak 4.5 darjah Celsius.

Dalam erti kata lain, ia juga boleh menjadi pengganti pendingin hawa yang berkesan.

“Sekiranya anda menggunakan cat ini untuk menutupi bumbung seluas kira-kira 304 meter persegi, kami menganggarkan anda dapat memperoleh tenaga penyejukan 10 kilowatt.

“Itu adalah kuasa penyejukan yang lebih kuat daripada pendingin hawa berpusat yang digunakan oleh kebanyakan rumah, “kata Xiulin dalam siaran akhbar Universiti Purdue.

Pasukan penyelidik telah mengemukakan paten untuk cat tersebut dan berharap ia akan berada di pasaran dalam masa dua tahun akan datang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI