fbpx

Biri-biri berkeliaran ditangkap, dihumban ke dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun Twitter Garda yang memuat naik gambar kambing biri-biri tersebut yang bermalam di dalam lokap mendapat perhatian netizen. – Twitter @gardainfo/United Press International

TIPPERARY, IRELAND – Seekor kambing biri-biri yang berkeliaran di jalan raya di Ireland kerana tersesat terpaksa bermalam di dalam lokap sebelum ditemukan semula dengan pemiliknya, lapor United Press International kelmarin.

Polis Nasional Ireland  atau lebih dikenali sebagai  Garda berkata, pihaknya mengerahkan anggota ke lokasi sebatang jalan di Tipperary selepas menerima aduan daripada pemandu yang melihat  seekor biri-biri berkeliaran di jalan tersebut.

Haiwan itu ‘ditahan’  dan dibawa ke balai polis berdekatan. Biri-biri tersebut disumbat ke dalam lokap  sementara anggota bertugas mengenal pasti pemiliknya. Biri-biri tersebut diserahkan semula kepada pemiliknya keesokan paginya.

“Haiwan kecil ini dijumpai pada hujung minggu lepas oleh Garda selepas ia terpisah daripada kawanannya.

“Terima kasih kepada pengadu yang menghubungi pihak Garda . Ia telah dijaga dengan baik sepanjang malam dan dipulangkan kepada pemiliknya pagi semalam,” ciap Garda di Twitter. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI