fbpx

Mona Allen dedah dapat tawaran iklan judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONA Allen

PETALING JAYA – Pelakon Mona Allen mendedahkan bahawa dia pernah mendapat tawaran untuk memperomosikan permainan judi sevara dalam talian oleh seorang individu tidak dikenali bernama Hanna baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran dalam InstaStorynya, isteri kepada pelakon dan juga pengarah, Pekin Ibrahim itu terkejut dengan tawaran tersebut lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

Mona berkongsi perkara tersebut dalam Instagramnya baru-baru ini.

“Hi nama saya Hanna. Saya merupakan pengurus untuk sebuah syarikat kasino online berpuluh tahun di Malaysia. Saya amat berminat untuk bekerjasama dengan anda untuk menjalankan aktiviti pengiklanan melalui akaun TikTok anda.

“Anda akan dibayar upah bulanan untuk iklan ini. Sudi ke tidak anda untuk bekerjasama dengan kami? Harap anda akan mempertimbangkan tawaran ini,” tulis individu bernama Hanna itu.

Mendengar tawaran mengiklankan permainan judi yang diberikan kepadanya, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu membalas mesej tersebut dengan pelbagai persoalan.

“Dapat juga tawaran iklan judi. Kasino? Adakah anda serius? Bulan puasa ini. Awak ini bukan Muslim ke?” kata Mona.

Selepas mendapat jawapan daripada pelakon berusia 36 tahun itu, wanita terbabit lantas memohon maaf kepadanya.

“Minta maaf ya sis (kakak). Tak minat, tak mengapa sis. Minta maaf ya sudah mengganggu,” tulis individu terbabit.

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu heboh di media tentang tindakan sebuah syarikat perjudian online mengeluarkan satu video iklan mempromosikan aktiviti tersebut dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri sehingga mengundang kecaman dan membangkitkan kemarahan netizen beragama Islam.

Iklan tersebut yang kini dalam siasatan pihak polis pada mulanya menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kemudiannya bertukar kepada promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang untuk menyambut perayaan dengan meriah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI