fbpx

Kain tersangkut eskalator, Mona Allen hampir bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN kain dipakai Mona Allen tersangkur gerigi eskalator ketika dia mendukung anaknya, Petra Pekin.

PELAKON Mona Allen berkongsi kejadian mencemaskan ketika menaiki tangga bergerak atau eskalator di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Kata isteri kepada Pekin Ibrahim itu, dia nyaris terjatuh bersama anak kecilnya, Petra yang digendong apabila bahagian kain jubah yang dipakainya tersangkut di gerigi tangga tersebut.

Mujur pembantu rumahnya bertindak pantas dengan menarik kainnya itu sekuat hati bagi menyelamatkan keadaan.

Akui pelakon Tarantula X itu lagi, walaupun hanya tinggal kain dalam selepas jubahnya terkoyak lebar, dia tetap bersyukur kerana dihindarkan daripada sebarang kecelakaan.

Menurut Mona, dia juga tidak sedar pakaian yang dipakainya sudah tertarik mengakibatkan tubuh sudah terdedah hampir separuh.

Seram mendengar kejadian seumpama ini, lebih-lebih lagi ketika itu Mona turut membawa si kecil. Mizz Lahar harap kita semua ambil langkah berjaga-jaga tak kira di mana saja.

MIZZ LAHAR: Tak sabar nak tunggu adik Bilal lahir, tentu secomel abangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI