fbpx

Manusia berjaya terbangkan helikopter di Planet Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan helikopter NASA berlegar di permukaan Planet Marikh hari ini. NASA/JPL-CALTECH/AFP

 

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya menerbangkan helikopter miliknya, Ingenuity di Planet Marikh hari ini, demikian menurut data dan imej yang dihantar ke Bumi.

“Data altimeter mengesahkan bahawa Ingenuity telah melakukan penerbangan pertamanya sekali gus penerbangan pesawat pertama di planet lain,” kata jurutera NASA.

Klip video pendek yang dihantar oleh kenderaan penjelajahan, Perseverance menunjukkan helikopter kecil itu terbang pada ketinggian 3 meter di atas permukaan Marikh sebelum mendarat semula.

“Kita boleh berkata bahawa manusia telah menerbangkan sebuah helikopter di planet lain.

“Kita bercakap sekian lama tentang detik adik-beradik Wright di Planet Marikh dan inilah saatnya,” kata ketua jurutera Makmal Propulsi Jet NASA,  MiMi Aung kepada pasukannya.

Penerbangan pesawat berenjin pertama di Bumi dilakukan oleh Orville dan Wilbur Wright di Kitty Hawk,  negeri Carolina Utara pada 1903. 

Secebis fabrik daripada pesawat itu diletakkan di dalam Ingenuity sebagai menghormati pencapaian mereka. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI