fbpx

Fenomena bulan purnama sebabkan lelaki ‘datang bulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena bulan penuh atau purnama didakwa mempengaruhi hormon seks dan hormon stres dalam badan golongan lelaki. - Barcroft Media/Getty Images

TUNIS, Tunisia – Satu kajian terbaharu mendapati bahawa kaum lelaki juga sebenarnya mempunyai kitaran hormon bulanan seperti wanita, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Menurut kajian saintis, mereka mengalami tidur yang terganggu dan tekanan yang lebih besar setiap kali fenomena bulan purnama berlaku.

Walaupun perubahannya kurang tidak begitu ketara, saintis mendapati bahawa kitaran bulan mempengaruhi tahap testosteron hormon seks dan hormon stres kortisol dalam darah lelaki.

Penyelidik mencadangkan kajian lebih lanjut dijalankan untuk menentukan apakah tarikan gravitasi bulan menciptakan perubahan ‘pasang surut’ dalam tubuh dan otak golongan lelaki.

Pakar dari pusat-pusat penyelidikan di Tunisia dan Qatar berpendapat radiasi matahari yang dipantulkan oleh bulan purnama dapat menyebabkan perubahan dalam aktiviti otak dan kimia darah.

“Kajian kami mengesahkan untuk pertama kalinya bahawa kitaran bulan mempengaruhi profil hormon dan hematologi manusia terutamanya kaum lelaki,” kata pengarang bersama kajian Ismail Dergaa.

Beliau menggunakan sampel darah yang diambil dari lelaki pada bulan penuh dan mendapati bahawa tahap hormon tidur melatonin dan testosteron lebih rendah ketika bulan purnama.

Namun begitu tahap kortisol, yang dianggap sebagai sistem penggera semula jadi badan menjadi lebih tinggi pada masa itu menjadikan kaum lelaki lebih mudah tertekan atau emosional ketika kejadian bulan purnama. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI