fbpx

Pelakon filem Tamil terkenal, Vivek meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Tamil terkenal, Vivek meninggal dunia pada usia 59 tahun.

CHENNAI – Pelakon filem terkenal India Selatan, Vivek dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.35 pagi (waktu tempatan) di pusat perubatan SIMS, di sini akibat serangan jantung.

Menurut laporan Times of India, berita tentang kematian aktor itu disahkan oleh pasukan perubatan di hospital berkenaan.

Berdasarkan laporan yang diterima, Vivek atau nama sebenarnya Vivekanandan, 59, dilaporkan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Conaxin pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal, pihak hospital memberitahu bahawa serangan jantung yang dihidapi mendiang tiada kaitan langsung dengan suntikan vaksin yang diterimanya.

Aktor itu dilaporkan menerima suntikan vaksin Covid-19, Covaxin di Tamil Nadu Government Multi Siper Speciality Hospital pada Khamis lalu.

Naib Presiden hospital terbabit, Raju Sivasamy berkata, Vivek dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 11 pagi Jumaat lalu dan menjalani pembedahan angioplasty, iaitu satu prosedur memasukkan alat sten selepas saluran darah di arteri kirinya tersumbat teruk.

Keadaan Vivek bagaimanapun semakin kritikal dan terpaksa bergantung kepada alat sokongan Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi filem Saamy itu telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terkena serangan jantung.

Doktor terpaksa mengambil masa selama kira-kira satu jam untuk melakukan proses angioplasti.

Dalam dunia hiburan dan perfileman Tamil, Vivek merupakan seorang pelakon komedi terkenal yang sering membintangi beberapa naskhah bersama pelakon-pelakon popular seperti Rajinikanth dan Vikram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI