fbpx

PPZ-MAIWP santuni 60 peniaga dan keluarga asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hakim (tengah), menyerahkan sumbangan khemah kepada wakil peniaga pada Program Ziarah Ramadan PPZ-MAIWP, di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong, di sini hari ini. Gambar SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Seramai 60 peniaga dan keluarga asnaf menerima sumbangan daripada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, kesemua sumbangan itu diberikan sempena program Ziarah Ramadan yang diadakan sebanyak empat siri pada bulan Ramadan ini.

“Pada hari ini, PPZ-MAIWP bersama syarikat AXA Affin General Insurance Berhad telah menaja khemah kepada 40 peniaga asnaf bagi membantu menjalankan perniagaan Bazar Ramadan di Masjid Al-Ghazali, Kepong.

“Turut disampaikan ialah sumbangan berupa wang tunai serta beras kepada 20 keluarga asnaf bagi membantu meringankan beban terutama dalam menyambut Ramadan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM12,000,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan PPZ-MAIWP di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, PPZ-MAIWP turut menyeru kepada semua masyarakat Islam untuk segera menunaikan zakat.

“Saya ingin menyeru semua masyarakat Islam untuk segera menunaikan zakat fitran dan zakat harta bagi merebut pahala berganda menunaikan zakat di bulan Ramadan.

“Bayaran zakat boleh dilakukan di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP atau secara dalam talian di www.zakat.com.my bagi zakat harta dan fitrah.zakat.com.my bagi zakat fitrah,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI