fbpx

PPISK dibuka untuk pendaftaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu pejabat MaGIC di Cyberjaya.

PETALING JAYA – Perusahaan sosial kini boleh mula mendaftar untuk Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK) bagi menyertai perolehan kerajaan dengan nilai ke­seluruhan sehingga RM20 juta menerusi portal mymagic.my/ppisk.

Pusat Inovasi dan Kreati­viti Global Malaysia (MaGIC), agensi kerajaan yang berperanan memperkasa syarikat pemula dan inovasi sosial diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti pemohon yang layak untuk menyertai PPISK.

MaGIC menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan semalam berkata, PPISK, yang diumumkan pada Belanjawan 2021 akan menjadi inisiatif pertama seum­pamanya untuk memanfaatkan kuasa membeli kerajaan bagi mewujudkan impak sosial dan alam sekitar yang positif.

“Lima kementerian telah dikenal pasti untuk pelaksa­naan projek rintis selama 12 bulan iaitu Kementerian Kewangan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pendidikan.

“PPISK akan menyediakan persaingan yang adil dan saksama kepada perusahaan sosial, memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan inisiatif penyelesaian berim­pak sosial dan seterusnya mendorong pembangunan eko­sistem inovasi sosial,” kata­nya.

Bagi tujuan promosi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perusahaan sosial, MaGIC akan menyenaraikan semua pemohon PPISK yang diluluskan di laman web Buy For Impact di www.buyforimpact.co.

Ia membolehkan individu dan organisasi yang berminat untuk menyokong perusahaan sosial membeli barangan serta perkhidmatan ditawarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI