fbpx

MTC sasar RM250,000 kutipan wang menerusi konsert amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MTC berharap sumbangan itu dapat dikumpulkan pada konsert secara online yang akan diadakan pada 30 April depan.

KUALA LUMPUR – Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) mensasarkan wang kutipan berjumlah RM250,000 menerusi satu konsert amal yang akan diadakan secara atas talian pada 30 April depan.

Presiden MTC, Uzaidi Udanis berkata, hasil daripada kutipan wang itu akan diagihkan kepada 500 keluarga pemain industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sebanyak RM500 akan diberikan kepada setiap keluarga yang terkesan di mana melibatkan pemandu-pemandu bas pelancongan yang menghidapi penyakit kronik serta ejen-ejen pelancongan yang kehilangan punca pendapatan.

“Wang bantuan ini akan diberikan sebelum raya Aidilfitri nanti untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan seharian,” katanya pada sidang akhbar bantuan kepada penggiat industri pelancongan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) hari ini.

Jelasnya, ini merupakan konsert amal kali kedua dilakukan selepas melakukannya pada sambutan Tahun Baru Cina yang lepas.

“Pada konsert pertama lalu, kami telah berjaya melakukan sumbangan kepada 100 keluarga yang terjejas. Saya yakin konsert kali ini mampu memberi impak yang sama dan lebih besar.

“Kami juga sedang merancang untuk mengadakan konsert amal berskala besar bagi mengumpul dana sekali gus dapat membantu pemain industri pelancongan yang terkesan,” katanya.

Tambahnya, sumbangan boleh dibuat serendah RM50 dan duit hasil sumnbangan akan diberikan baucar untuk melancong dalam negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI