fbpx

Amirudin bertanding di Gombak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyerahkan pucuk pimpinan sama ada akan bertanding di Parlimen Gombak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Amirudin yang merupakan Menteri Besar Selangor menegaskan, sebagai ahli parti akan patuh kepada kepada sebarang keputusan dan arahan daripada pucuk tertinggi parti.

“Ketika ini, yang menjadi fokus supaya Selangor memberikan kemenangan kerusi kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH).

“Kita akan bekerja keras untuk itu dan ia lebih kepada strategi dan taktikal. Perkara itu akan dibincangkan bila tiba masanya nanti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Infrastruktur Digital Pintar Smart Selangor di sini hari ini.

Parlimen Gombak ketika ini disandang oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak 2008.

Ketika ditanya pemberita kemungkinan bertanding kerusi parlimen itu, Amirudin secara berseloroh terdapat pelbagai kemungkinan termasuk tidak akan bertanding.

“Tetapi kemungkinan melompat (parti) itu tiada,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI