fbpx

Boleh berbuka puasa di padang, tepi pantai Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Kerajaan negeri membenarkan orang ramai berbuka puasa di mana-mana kawasan lapang dan riadah termasuk dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), padang dan di tepi pantai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Datuk Seri Ghaffar Atan berkata, bagaimanapun rakyat negeri ini hendaklah bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Nak berbuka puasa dekat mana-mana tempat lapang, tak ada masalah. Kita bukan lagi di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat, yang penting ikut SOP.

“Ini adalah tahun kedua kita menghadapi virus Covid-19, kita sepatutnya telah terbiasa dengan pengamalan SOP ini, yang penting pakai pelitup muka, guna pembasmi kuman dan kekalkan jarak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan majlis Santuni Permata Hati dan Bacaan Yasin Perdana MBMB sempena Ulang Tahun ke-18 MBMB di Hospital Melaka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI