fbpx

[VIDEO] PM tinjau bazar Ramadan Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin meluangkan masa meninjau suasana di Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa daripada kesibukan kerja melawat bazar Ramadan, bersebelahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3 di sini hari ini.

Beliau tiba kira-kira pukul 5 petang dan mengadakan lawatan santai selama kira-kira 30 minit.

Menerusi lawatan itu, Muhyiddin turut berkesempatan beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga di tapak bazar selain meninjau tahap kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pengunjung serta peniaga terbabit.

Di kesempatan itu juga, Muhyiddin sempat membeli lauk serta kuih-muih sebagai hidangan berbuka.

Terdapat 160 gerai di bazar Ramadan Presint 3 di bawah seliaan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menjual pelbagai juadah makanan dan minuman bermula dari pukul 4 petang sehingga 8 malam.

Selain bazar Ramadan Presint 3, terdapat tiga lokasi bazar yang disediakan PPj iaitu di Laman Perdana, Presint 1; Laman Duta, Presint 15 dan Food Truck Ramadan di Laman Hijau, Kompleks PPj. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI