fbpx

Ketua Polis Daerah akan kena tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Polis Johor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ketua Polis Daerah sekiranya mendapati mereka melindungi anggota dan pegawainya yang terlibat sebarang kegiatan jenayah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, terdapat anggota dan pegawai polis di sebuah daerah yang sudah lama melakukan kegiatan pemerasan baharu sahaja diambil tindakan apabila mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat sama ada sebelum ini ada laporan dibuat kepada ketua polis daerah tetapi tidak ada tindakan diambil.

“Sekiranya ada laporan dibuat kepada ketua polis daerah atau kepada mana-mana ketua jabatan yang tidak diambil tindakan, maklumkan kepada saya. Saya sendiri akan ambil tindakan kepada mereka.

“Saya menyeru kepada masyarakat untuk terus salur maklumat kepada saya (salah laku anggota dan pegawai), saya akan ambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, sejak awal tahun sehingga kini, seramai lapan anggota telah dibuang kerja pada tahun ini dengan lagi 12 anggota lagi akan dikenakan tindakan sama pada minggu depan.

Katanya, dalam tempoh yang sama, seramai 59 orang warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor melibatkan empat pegawai kanan dan 55 anggota ditahan kerja manakala 11 anggota digantung kerja.

“Kita jangka lebih ramai lagi akan dibuang kerja pada tahun ini melepasi jumlah mereka yang dikenakan tindakan sepanjang tahun lalu melibatkan seorang pegawai awam dan 45 anggota,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI