fbpx

Kereta pinjam hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam api kebakaran ke atas Toyota Camry dalam kejadian di Pekan Nanas, Pontian semalam.

PONTIAN – Malang menimpa seorang lelaki apabila kereta yang dipinjam hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Kampung Sinaran Harapan Pekan Nanas di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 5.50 petang itu menyebabkan kereta Toyota Camary tersebut terbakar 100 peratus.

Katanya, Pasukan Keluar Operasi ( PKO ) yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 11, Hairom Nizam Zainal bersama enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang awam.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati terdapat sebuah kereta sedang terbakar 80 peratus dan PKO bertindak memadamnya dengan menggunakan dua saliran bantu dari pam jentera bomba.

“Operasi memadam api tamat pada pukul 6.20 petang dan PKO bertolak balik ke balai,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Tambah Mahadir, kereta tersebut dipinjam lelaki berusia 51 yang beralamat di Taman Pulai Perdana, Johor Bahru dari seorang kawan di Taman Damansara Pekan Nanas

Katanya, ketika kejadian, lelaki itu dalam perjalanan ke Kukup dan mendapati kereta tersebut bergerak tersangkut-sangkut lalu mengambil keputusan berpatah balik ke Pekan Nanas.

“Bagaimanapun kereta tersebut tiba-tiba terbakar bermula dari bahagian papan pemuka dan Abd. Rashid segera keluar bagi menyelamatkan diri,” jelasnya.

Katanya, maklumat pemilik kereta tersebut masih belum diketahui. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI