fbpx

Bekalan vaksin stabil mulai Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi menegaskan bahawa bekalan vaksin Covid-19 dijangka lebih stabil dan mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia mulai Jun depan.

Beliau berkata, jangkaan itu diperoleh berdasarkan jadual penghantaran bekalan vaksin oleh pembekal.

Menurutnya, buat masa ini, permintaan bagi bekalan vaksin di seluruh dunia mengatasi penawaran.

“Apa yang paling penting, graf menunjukkan bahawa negara akan mempunyai cukup bekalan untuk memastikan kita mencapai sasaran 80 peratus penduduk divaksin sebelum akhir tahun ini.

“Ramai tertanya-tanya mengapa kadar vaksinasi kelihatan perlahan dan saya ingin jelaskan bahawa program vaksinasi akan berjalan hingga akhir tahun dan akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, salah satu sebab utama bekalan vaksin di Malaysia dan negara berpendapatan sederhana lain rendah adalah kerana negara-negara kaya telah ‘membolot’ pasaran vaksin Covid-19.

Beliau berkata, sebahagian negara kaya membeli vaksin antara tiga hingga lima kali, malah, banyak syarikat farmaseutikal cenderung memilih negara kaya ini atas alasan yang cukup jelas.

“Itu sebabnya Malaysia kini terpaksa menyeimbangkan portfolio vaksin Covid-19 dengan bukan sahaja memasukkan bekalan dari Barat (Pfizer dan AstraZeneca) malah dari  selain negara lain seperti Sinovac (China).

“Saya akan terus berusaha agar bekalan vaksin lebih cepat tiba, namun pada masa sama, rakyat diminta terus patuh SOP dan menunggu giliran masing-masing,” katanya.

Katanya, fasa satu bagi PICK akan berakhir tidak lama lagi dan fasa dua membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik akan bermula minggu depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI