fbpx

[VIDEO] Menteri Kabinet lakukan X-Break untuk kekal aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang dikongsi Ahmad Zahid di Facebook rasmi beliau hari ini.

PETALING JAYA – Selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) pada hari ini, barisan menteri Kabinet yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan aktiviti senaman ringan atau X-Break.

Melalui perkongsian di laman Facebook Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, antara barisan menteri Kabinet yang turut melakukan senaman ringan tersebut adalah, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Digital, Gobind Singh serta beberapa menteri lain.

Ahmad Zahid berkata, aktiviti senaman ringan atau X-Break itu dilakukan untuk memastikan semua kekal aktif bagi meneruskan rutin pekerjaan dan tugasan masing-masing.

“Saya berharap aktiviti yang ringkas dan berkesan seperti senaman X-Break ini dapat diterapkan oleh setiap kakitangan kerajaan terutamanya sewaktu mengadakan mesyuarat, perbincangan, kursus, tugasan makmal atau bengkel mahupun ketika bekerja di hadapan komputer agar dapat terus kekal aktif dan segar sewaktu bekerja,” tulis beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI