fbpx

Son Dam-bi tayang kekasih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SON DAM-BI

BELUM ada kesahihan, namun pelakon Son Dam-bi baru-baru ini mengejutkan peminat apabila memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dalam Instagram.

Dam-bi berkongsi gambar memaparkan dirinya duduk bersama seorang lelaki, namun wajah mereka tidak kelihatan kerana masing-masing sedang menundukkan kepala melihat telefon.

Dalam hantaran berkenaan, pelakon dan penyanyi itu menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan peminat apabila menulis kapsyen berbunyi: “Pasangan pengantin baharu?”

Ramai mula berteka-teki tentang identiti lelaki misteri itu, adakah dia kekasih Dam-bi? Tambahan pula, mereka memakai topi yang mempunyai label sama dalam gambar tersebut.

“Tak mungkin. Siapa lelaki itu? Mungkin pengurus dia,” soal peminat.

Selepas menjadi perhatian ramai, peminat mula membanjiri ruangan komen dan yakin bahawa lelaki itu bukanlah seseorang yang istimewa buat Dam-bi.

“Mungkin pengurusnya atau juga penerbit? Kalian terlalu sensitif. Mungkin gambar ini adalah iklan untuk jenama topi yang dipakai mereka,” kata peminat lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI