fbpx

Ramadan pertama jadi ibu, tapi ‘senyap’ – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA bersama suami dan anak mereka, Fatima.

PETALING JAYA – Ramadan pertama aktres jelita, Nur Fazura sebagai seorang ibu bersama puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya sepatutnya disambut meriah bersama keluarga tersayang namun disebabkan pandemik Covid-19, hasrat tersebut terpaksa dipendamkan.

Kata pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin itu, tidak banyak yang boleh dilakukan memandangkan negara masih tersepit dengan penularan Covid-19 yang boleh mengganas pada bila-bila masa.

“Ramadan tiada apa sangat tahun ini. Saya gembira dapat bersama keluarga kecil saya. Ramadan ini ‘senyap’ sahaja sebab rentas negeri pun tak boleh. Raya nanti pun saya dapat rasakan sambutan tidak akan semeriah seperti tahun sebelum ini.

“Fatima sudah masuk enam bulan dan banyak perkara yang dia dah boleh buat. Baju raya nanti dia yang pilih warna dan kita sudah ada tema warna. Hidup saya sekarang, Fatima lah keutamaan saya,” kata Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tahun ini merupakan tahun pertama Nur Fazura menyambut Ramadan sebagai seorang ibu selepas dikurniakan cahaya mata pertama pada 2 Oktober 2020.

Untuk rekod, Nur Fazura, 38, dan suaminya yang juga seorang pelakon, Fattah Amin, 31, berkahwin pada sebuah majlis pernikahan yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat pada 27 November 2017.

Nur Fazura mendedahkan wajah anaknya buat kali pertama sekitar awal Januari lalu dan memaklumkan rutin hidupnya kini berubah 360 darjah selepas bergelar seorang ibu. – K! O

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI