fbpx

Penumpang terjejas boleh tuntut kupon bayaran balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada penumpang Perkhidmatan Aliran Transit Ringan ( LRT) yang terjejas dengan kejadian tren tergendala petang tadi. - FOTO: MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA- Penumpang Perkhidmatan Aliran Transit Ringan ( LRT) yang terjejas dengan kejadian tren tergendala petang tadi boleh menuntut kupon bayaran balik kepada Rapid KL.

Menurut Rapid KL, tuntutan kupon bayaran balik itu boleh dibuat disemua kaunter LRT bagi laluan Sri Petaling dan Ampang.

“Rapid KL memohon maaf atas gangguan perkhidmatan dan kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh para pelanggan kami akibat gangguan berkenaan.

“Kerja-kerja mengeluar dan memindahkan penumpang mengambil masa yang lebih lama daripada biasa atas sebab-sebab keselamatan kerana risiko yang dibawa oleh angin ribut, hujan dan petir,” katanya di sini tadi.

Katanya, operasi mengeluarkan dan memindahkan penumpang selesai pada pukul 10.20 malam namun kerja pembersihan dan pemeriksaan berjalan sepanjang malam ini.

“Para penumpang yang terjejas oleh gangguan perkhidmatan ditawarkan kupon bayaran balik yang boleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI