fbpx

14.7 juta dibanci setakat Jumaat lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 14.7 juta penduduk telah dibanci menerusi data dikeluarkan Banci Malaysia 2020 yang direkodkan setakat 12 April lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia membabitkan anggaran 44.9 peratus rakyat Malaysia daripada anggaran keseluruhan 32.7 juta penduduk pada tahun 2020.

Beliau berkata, berdasarkan data sama, Putrajaya mencatatkan bilangan penduduk tertinggi dibanci iaitu 100 peratus diikuti Johor (64.1 peratus), Perak (59.9 peratus) dan Kelantan (58.9 peratus).

“Bilangan terendah pula dicatatkan di Sabah (21.8 peratus) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Labuan (31.5 peratus) dan Sarawak (32 peratus).

“Prestasi negeri-negeri lain seperti Melaka (56.5 peratus), Perlis (56.4 peratus), Terengganu (53.2 peratus), Negeri Sembilan (50.9 peratus), Pulau Pinang (50.5 peratus), Kedah (42.7 peratus), Selangor (41.8 peratus), Kuala Lumpur (36.5 peratus) dan Pahang (34.4 peratus),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 49.7 peratus yang dibanci ialah perempuan manakala 50.3 peratus ialah lelaki.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir berkata, Banci Malaysia 2020 menggunakan pendekatan de jure yang bermaksud di mana semua orang dihitung pada Hari Banci (7 Julai 2020) mengikut tempat tinggal biasa mereka.

“Mod pembancian yang digunakan dalam Banci Malaysia 2020 adalah melalui Banci dalam talian (e-Census), Computer Assisted Paper Interview (CAPI), Computer Assisted Telephone Interview (CATI), Paper and Pen Interview (PAPI) dan Drop Off and Pick Up (DOPU),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI