fbpx

Bancian Pertanian 2024 bantu perkasa sektor pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (dua dari kanan) dan Khairolnizam (dua dari kiri) melawat gerai pameran sempena Seminar Statistik Pertanian USM Kampung Kejuruteraan di Nibong Tebal, hari ini. -Foto oleh NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Kerajaan negeri memohon Kabinet segera meluluskan kertas cadangan yang dikemukakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pulau Pinang bagi membolehkan Banci Pertanian 2024 (BP 2024) dilaksanakan bermula Julai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, bancian itu memainkan peranan penting bagi memastikan semua pihak terlibat memperoleh data terkini berhubung sektor pertanian negeri.

“Kalau bercakap tentang isu ekonomi, sudah semestinya ia terkait dengan data, namun bagi sektor pertanian, boleh dikatakan ia selalunya dipinggirkan.

“Kali terakhir bancian pertanian ini dijalankan pada tahun 2005, maknanya sudah 18 tahun data berkaitan tidak dikemaskini.

“Ini adalah masa paling sesuai untuk DOSM melaksanakannya supaya kerajaan dan agensi berkaitan dapat menjamin sekuriti makanan negara serta mengelakkan lambakan tanaman sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Statistik Pertanian di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal di sini, hari ini. Turut hadir ialah Pengarah DOSM negeri, Khairolnizam Hassan.

Sementara itu, Khairolnizam berkata, dijangkakan 10,000 kediaman akan dibanci bermula Julai sehingga September hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI