fbpx

Tempat ketiga ubat kekecewaan Selangor Angels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Selangor, An Najwa cuba melakukan jaringan ketika perlawanan menentang Perak Phoenix pada penentuan tempat ketiga saingan NSL di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

SELANGOR Angels seolah-olah melepaskan geram pada aksi penentuan tempat ketiga Netball Super League (NSL) apabila membenam cabaran Perak Phoenix 64-45 di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Selangor yang masih terluka selepas tewas kepada KL Wildcats pada separuh akhir kelmarin dilihat menampilkan aksi agresif seawal minit pertama menerusi gerakan yang diatur wing attack (WA), Yeoh Pek Xian.

Skuad kendalian Rosnani Ismail itu memastikan Selangor memiliki kelebihan pada perlawanan tersebut apabila selesa mendahului 19-9 pada suku masa pertama.

Bagaimanapun, permainan kembali seimbang pada suku masa kedua apabila Perak cuba mengejar dan berjaya mengurangkan defisit jaringan 32-23.

Sedar dengan kebangkitan yang cuba dilakukan Perak, Selangor seterusnya meningkatkan tempo permainan sebelum melengkapkan kemenangan bergaya 64-45.

Rosnani berkata, beliau gembira dengan kemenangan itu memandangkan dapat menebus kekewaan selepas akur dengan kekalahan kepada KL Wildcats kelmarin.

“Saya akui kami bermain lebih baik berbanding aksi semalam (kelmarin) kerana dapat kurangkan banyak kesilapan, jadi saya gembira dengan prestasi semua pemain.

“Sebelum perlawanan bermula, saya pesan kepada semua pemain supaya fokus 100 peratus terhadap permainan, lebih-lebih lagi ini adalah permainan terakhir kami pada saingan NSL,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Sementara itu, goal shooter (GS) Selangor, An Najwa Azizan mengakui mereka bermain habis-habisan pada perlawanan tersebut bagi menebus kekecewaan selepas tersingkir pada separuh akhir kelmarin.

“Hari ini (semalam) memang kami tampilkan aksi 100 peratus kerana saya anggap setiap perlawanan bermula daripada kosong. Kami mahu nikmati kemenangan ini.

“Kami sebagai pemain sangat bersyukur dengan kejohanan ini kerana sudah lama berehat daripada aksi kompetitif, jadi dapatlah kami melepaskan rindu,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Sebagai rekod, Selangor menamatkan saingan Kumpulan B sebagai naib juara untuk melangkah ke separuh akhir sebelum tewas 33-65 kepada KL yang juga juara Kumpulan A.

Selain itu, kecederaan serius yang dialami Nur Bahiyah Mohd. Farit pada perlawanan sebelum ini turut memberi kesan terhadap corak permainan Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI