fbpx

RM7 kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mufti Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar (kiri) menunjukkan kadar zakat fitrah negeri Sabah bagi tahun ini pada Majlis Pengumuman Zakat Fitrah Tahun 2021 di Kota Kinabalu. -Foto: Ihsan Majlis Ugama Islam Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menetapkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7 dikenakan bagi negeri Sabah tahun ini.

Mufti Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, kadar zakat berkenaan ditentukan berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di negeri terbabit.

Katanya, MUIS juga sudah melantik seramai 39 orang penyelaras amil dan seramai 2000 orang amil bagi menyelaras serta memungut zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan.

“Dalam pada itu, jumlah keseluruhan kutipan zakat yang diperolehi tahun lalu adalah sebanyak RM101,170,120.53.

“Menerusi jumlah itu, RM10,835,184.10 ialah zakat fitrah manakala bagi zakat harta srbanyak RM90,334,936.43,” katanya menerusi Majlis Pengumuman Zakat Fitrah Tahun 2021 hari ini.

Mengulas lanjut, Bungsu @ Aziz berkata, antara jenis zakat harta berkenaan termasuklah zakat pendapatan, penggajian, simpanan, perniagaan, emas atau perak, saham, pertanian dan ternakan membabitkan seramai 69,047 orang pembayar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI