fbpx

Lima kenderaan, sebuah rumah musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak Bomba bertungkus lumus memadam kebakaran tersebut.

SEBERANG PERAI – Lima buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Taman Betik Manis, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.02 malam.

“Kebakaran rumah berkeluasan kira-kira 93 meter persegi itu menyebabkan 90 peratus struktur hangus, namun tiada mangsa terlibat.

“Akibat kejadian itu juga, sebuah kereta jenis Honda City dan lima buah motosikal yang diletakkan di hadapan rumah musnah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, api berjaya dikawal oleh pasukan dari Balai Bomba Bandar Perda dan Bukit Mertajam serta dibantu pasukan bomba sukarela pada pukul 7.21 malam.

Punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami pemiliknya masih dalam siasatan pihak berkuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI