fbpx

BAKAT faktor penyumbang kejayaan warga ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri bertemu dengan anak-anak anggota di Rumah Keluarga Angkatan Tentera di PULADA.

KOTA TINGGI – Peranan digalas ahli Badan Amal Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) amat penting kerana mereka menjadi faktor penyumbang kejayaan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lawatan kerja ke seluruh kem di seluruh negara yang diadakan setiap dua minggu itu bukan sahaja untuk beramah mesra tetapi juga bertujuan bertemu dengan BAKAT.

“Kita panggil BAKAT hari ini bukan hanya untuk makan bersama-sama, tetapi mahu memberikan sumbangan.

“Kita rasakan BAKAT amat penting kerana setiap kejayaan lelaki, mesti ada wanita di belakangnya, jadi setiap kejayaan anggota kita adalah kerana sokongan daripada BAKAT.

“Kalau BAKAT meragam di rumah, maka anggota tidak boleh buat kerja dengan baik sebab itu setiap kali turun ke kem saya akan jumpa BAKAT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis lawatan kerja di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Ulu Tiram di sini kelmarin.

Pada majlis sama, Ismail Sabri turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Pengerusi BAKAT PULADA, Sabrina Mohamad selain turut meluangkan masa menziarahi anak-anak anggota yang mengalami masalah kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI