fbpx

Calon juara ramalan bekas jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN yang menampilkan aksi kemas di bahagian tengah memiliki peluang cerah untuk muncul juara edisi sulung NSL 2021 di Stadium Juara, Bukit Kiara malam ini. – Gambar hiasan

PENGUASAAN bahagian tengah dijangka menjadi faktor penentu menjelang aksi final Netball Super League yang dijadualkan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara malam ini.

Bekas jurulatih bola jaring kebangsaan, Aminah Saari berkata, mana-mana pasukan yang mampu menguasai bahagian tengah pada perlawanan itu nanti memiliki peluang cerah untuk muncul juara.

Katanya, berdasarkan perlawanan-perlawanan terdahulu, beliau mendapati pasukan yang menampilkan aksi konsisten di bahagian tengah mampu me­lakukan jaringan lebih banyak.

“Bagi saya, sesiapa yang boleh mendominasi bahagian tengah gelanggang dengan melakukan hantaran tepat serta menghalang serangan pasukan lawan le­bih berpeluang untuk menjadi pemenang.

“Itu antara faktor yang boleh menjadi penentu kemenangan selain strategi atau taktikal daripada jurulatih. Kerjasama sebagai satu pasukan amat penting dalam sukan bola jaring,” kata beliau.

AMINAH

Aminah yang juga jurulatih remaja kebangsaan menjelaskan, setiap pasukan perlu mengelak daripada melakukan banyak pertukaran kerana ia mampu mengganggu corak permainan.

Selain itu, beliau turut berharap setiap pemain agar menampilkan aksi yang lebih kemas dan mudah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini termasuk kecederaan serius.

“Memang benar pertukaran yang terlalu banyak tidak bagus, terutamanya pada perlawanan kritikal seperti ini. Ia mampu mengganggu rentak permainan pasukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI