fbpx

Bengkel cat kenderaan musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bengkel mengecat kenderaan musnah dalam kebakaran di Pengkalan 1, Pasir Puteh di Ipoh semalam.- Foto : IHSAN JBPM

IPOH – Sebanyak 14 buah kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran sebuah bengkel mengecat kenderaan di Pengkalan 1, Pasir Puteh di sini, semalam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.31 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel mengecat kenderaan yang musnah 70 peratus.

“Sebanyak 14 kereta pelbagai model dan sebuah motosikal yang ada di dalam premis itu musnah terbakar,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI