fbpx

Arsenal tak boleh simpan Aubameyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG berjaya menghasilkan impak positif buat Arsenal selepas masuk sebagai pemain gantian menentang Slavia kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta perlu menerima hakikat beliau harus menyenaraikan penyerang prolifiknya, Pierre-Emerick Aubameyang dalam kesebelasan utama pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sheffield United awal pagi esok.

The Gunners boleh menjadikan aksi di Stadium Bramall Lane menentang pasukan tercorot EPL itu sebagai platform terbaik meningkatkan semula moral para pemain terutama Aubameyang selepas kekecewaan suku akhir pertama Liga Europa kelmarin.

Percaturan Arteta, 39, silap meletakkan Aubameyang di bangku simpanan sebelum kemasukan kapten Arsenal tersebut berjaya mencipta umpanan gol buat Nicolas Pepe sewaktu seri 1-1 dengan Slavia Prague dalam aksi di Stadium Emirates itu.

Ketajaman Aubameyang, 31, selain rekod buruk Sheffield dilihat mampu menamatkan penantian Arsenal yang masih belum berupaya mencatat kemena­ngan daripada empat perlawanan terakhir sejak menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada 15 Mac lalu.

“Aubameyang memberikan komitmen penuh buat Arsenal. Walaupun dimasukkan sebagai pemain simpanan tetapi dia masih berjaya melakukan um­panan jaringan buat Nico (Pepe).

“Saya sentiasa positif me­ngenai masa depan pasukan ini. Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pasukan di­sebabkan beberapa keputusan mengecewakan sebelum ini.

“Peluang kami belum tertutup walaupun ketinggalan sembilan mata di belakang Chelsea memandangkan saingan liga masih berbaki lapan perlawanan lagi. Fokus kami sekarang untuk menang perlawanan menentang Sheffield,” kata Arteta.

Bagaimanapun, Arteta terpaksa melupakan khidmat perancang Norway, Martin Odegaard kerana masih belum pulih daripada kecederaan yang turut menimpa tiga pemain iaitu Kieran Tierney, David Luiz dan Calum Chambers. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI