fbpx

Stor Konsep DesaMall di setiap negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Rahman Mohamad (kiri) bersama wakil pelbagai agensi di bawah KPLB melihat produk usahawan tempatan Stor Konsep DesaMall Lipis di Lipis hari ini.

LIPIS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar mensasarkan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya sebuah stor konsep DesaMall melalui Program DesaMall@KPLB dalam usaha meluaskan lagi pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pembukaan stor konsep DesaMall berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat di kawasan yang dikenalpasti.

“Pada masa ini kita mempunyai tiga stor Konsep DesaMall iaitu di Putrajaya, Mersing, Johor dan Lipis, Pahang dan kita sasarkan sebanyak 14 stor dibuka melibatkan setiap negeri.

“Sambutan masyarakat terhadap pembukaan stor konsep ini amat baik yang menyaksikan di stor Konsep DesaMall Lipis yang baru sebulan dibuka berjaya merekodkan jualan kira-kira RM30,000,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Stor Konsep DesaMall@Lipis di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, program DesaMall@KPLB yang dilancarkan pada 2018 merupakan satu inisiatif KPLB membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-dagang.

Beliau memberitahu bermula September tahun lalu stor Konsep DesaMall mula ditubuhkan di Mersing, Johor yang bertujuan mempamerkan produk usahawan luar bandar secara fizikal yang memboleh pelanggan membeli terus atau melalui platform e-dagang.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga kini terdapat 2,162 usahawan luar bandar yang telah memanfaatkan Program DesaMall@KPLB sebagai platform memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI