fbpx

Mantai: Penjual daging sudah mula berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A RAHMAN Yusof dibantu oleh anaknya Shahira A Rahman, 35, menjual daging segar bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk sambutan mantai sebelum Ramadan ketika ditemui di Kampung Bukit Kelulut, Bahau, Jempol hari ini. - foto oleh NURULAZMA SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR

Oleh NURULAZMA SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR

JEMPOL – Menjadi tradisi bagi masyarakat Negeri Sembilan menjelang bulan Ramadan adalah aktiviti mantai.

Acara di mana penduduk bergotong-royong menyembelih lembu atau kerbau dan kemudian melapahnya seterusnya dimasak rendang bersama aktiviti membakar lemang.

Walaupun aktiviti gotong-royong menyembelih lembu atau kerbau tersebut semakin jarang dapat dilihat ditambah dengan keperluan untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) namun daging lembu dan kerbau segar yang dijual ditepi-tepi jalan sudah menjadi pemandangan biasa.

Tinjauan mendapati beberapa penjual daging sudah mula berniaga dan dijangka bilangan penjual akan bertambah bermula esok sehingga lusa.

Tidak terkecuali seorang peniaga daging segar, A. Rahman Yusof, 59, di Kampung Bukit Kelulut, Bahau dekat sini yang menyediakan menjual daging segar daripada empat ekor lembu yang disediakannya hari ini.

“Hari ini saya sediakan empat ekor lembu untuk memenuhi permintaan pelanggan, esok juga saya akan sediakan empat ekor lembu lagi.

“Kebiasannya mantai untuk bulan puasa saya akan sembelih, melapah dan menjual daging lembu namun untuk Aidilfitri daging kerbau turut akan saya jual,” katanya yang telah 30 tahun menjual daging segar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN