fbpx

Ebliz wujudkan strategi untuk bergelar juara MLBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Ebliz percaya persiapan yang dilakukan sejak mengesahkan kelayakan ke pusingan akhir cukup progresif dengan meletakkan sasaran menjadi juara.

DEBARAN pusingan akhir kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 bagi kategori permainan video Mobile Legends Bang Bang (MLBB) semakin dirasai apabila 16 pasukan bakal bersaing merebut hadiah keseluruhan RM40,000 esok.

Kesemua pasukan ini telah menjadi yang terbaik daripada 256 pasukan yang bertan­ding dalam aksi kelayakan yang
berlangsung selama dua ­minggu sejak kejohanan MES dijalankan secara atas talian bermula 26 Mac lepas.

Bagi pasukan Ebliz, kesempatan beraksi dalam pusingan akhir tidak boleh disia-siakan terutama apabila hadiah dijanjikan pada kejohanan MES kali ini cukup lumayan untuk direbut.

Jurulatih pasukan Ebliz, Muhammad NurHafis Jamiran percaya persiapan yang dilakukan oleh pasukan sejak mengesahkan kelayakan ke pusingan akhir cukup progresif dengan meletakkan sasaran menjadi juara.

Kata Nurhafis yang lebih mesra dengan gelaran Evilx, banyak perancangan taktikal yang sudah dibuat dengan menganalisis kelemahan pada aksi pusingan kelayakan sebelum ini.

“Semua pemain memberikan kerjasama baik sepanjang tempoh kejohanan ini dengan membuat persiapan rapi terutama ketika menjalani latihan (Scrim) untuk tempoh yang lebih lama.

“Jika segalanya berjalan dengan lancar, kami meletakkan harapan untuk bergelar juara tetapi sedar cabaran yang bakal diberikan oleh semua 15 pasukan lain nanti sangat sengit.

“Strategi kami mudah iaitu ­elakkan melakukan kesilapan tanpa diberikan tekanan dan ia akan mencerahkan hasrat pasukan Ebliz untuk bergelar juara,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, pasukan Purge Revival optimis semua pemain dapat memberi cabaran yang diharapkan pada pusingan akhir nanti dengan turut meletakkan sasaran selaku juara.

“Berdasarkan prestasi semasa pasukan pada pusingan kelayakan sebelum ini, saya percaya tiada masalah untuk kami memberikan saingan pada pusingan akhir jika pemain kekalkan ren­tak konsisten,” kata wakil pasukan itu, Tengku Indera Petra Tengku Ishan Petra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI