fbpx

Chong Wei harap keajaiban di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHONG WEI mengakui menerima beberapa tawaran dari luar negara sebagai jurulatih, namun beliau tidak ada sebarang niat untuk menjadi jurulatih.

BIARPUN turun selaku Chef de Mission (CDM) ke Sukan Olimpik 2021 di Tokyo, impian Datuk Lee Chong Wei untuk menghadiahkan pingat emas pertama Sukan Olimpik kepada Malaysia tidak pernah pudar.

Pernah dikecewakan sebanyak empat kali, pemegang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Rio tersebut tetap meletakkan impian tinggi kepada atlet kebangsaan bagi merealisasikan impiannya itu.

“Saya memang tidak kisah kalau saya tak dapat emas untuk negara, asalkan pasukan yang saya bawa ini dapat meraih emas Olimpik pertama untuk Malaysia.

“Itu lebih penting kerana ia juga adalah impian saya. Saya tidak kisah, bukan daripada badminton sahaja tetapi kepada atlet berbasikal negara seperti Azizulhasni Awang, penerjun negara juga boleh atau atlet lain yang kini sedang merebut tempat ke Tokyo,” katanya.

Chong Wei berkata demikian ketika ditemui pada majlis perjanjian kerjasama antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yonex di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Dalam perkembangan lain, legenda badminton berusia 39 tahun itu berkata, dia sedia membantu Lee Zii Jia dalam pengurusan wang selepas juara All England itu dilimpahi pelbagai rezeki selepas mengecapi kejayaan di Eropah.

“Dia ada datang jumpa saya dan bertanyakan tentang bagaimana untuk menguruskan semua itu. Saya kongsikan apa yang saya lalui selama 19 tahun di BAM.

“Saya cerita bagaimana saya uruskan pendapatan dan tekanan saya, baik daripada penaja mahupun karier sebagai pemain badminton,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI