fbpx

Kempen Ramadan-Raya AEON bantu orang kurang berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Syarikat peruncitan, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) akan menganjurkan dua program jualan iaitu Bazar Sele­briti dan Dapur Selebriti vs Dapur CEO dalam kempen Ramadan-Raya Bersama AEON bermula Sabtu ini.

Ketua Bahagian Sumber Manusia AEON, Dr. Kasuma Satria berkata, program Dapur Selebriti VS Dapur CEO khususnya bersifat serampang dua mata yang mana hasil jualan daripada program tersebut akan digunakan untuk membeli 2,000 tablet serta bakal diagihkan kepada kumpulan yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau, setiap pembelian produk bernilai RM10 daripada program Dapur Selebriti VS Dapur CEO itu, RM1 akan dimasukkan ke dalam tabung AEON kemudiannya digunakan untuk membeli tablet.

Jelasnya, menerusi Bazar Selebriti, ia akan menampilkan produk yang dijual oleh Nabil Ahmad, Rozita Che Wan dan Siti Nordiana.

“Manakala Program Dapur Selebriti vs Dapur CEO pula menawarkan juadah yang dimasak selebriti seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Fizo Omar dan Saharul Ridzwan .

“Juadah berkenaan akan dijual di seluruh cawangan AEON dan AEON Big seluruh negara.

“Mereka akan berkongsi resipi masakan mereka kepada pihak AEON untuk kami memasak dan menjualnya kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan kempen berkenaan di AEON Shah Alam, Seksyen 13 di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI