fbpx

Jual air kosong pada harga RM1 segelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penguat kuasa KPDNHEP Selangor membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis di sekitar Selangor, semalam. FOTO : Ihsan KPDNHEP Selangor

SHAH ALAM- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah mengeluarkan notis kepada 12 premis makanan yang didapati menjual air kosong pada harga tidak munasabah.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, kesemua notis tersebut dikeluarkan dalam Ops Catut 8.0 (Air Kosong) yang dijalankan bermula Rabu lalu sehingga 15 April.

“Kami membuat operasi tersebut setelah mendapat aduan daripada orang ramai berhubung harga tidak munasabah air kosong yang dijual beberapa peniaga di seluruh negeri.

“Sebanyak enam cawangan seluruh Selangor yang melibatkan 200 pegawai penguat kuasa telah digerakkan bagi meninjau harga air kosong di restoran mewah, restoran biasa, restoran makanan segera, restoran francais dan kedai makan atau warung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semasa operasi berlangsung, Muhamad Zikril berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa premis menjual air kosong dengan harga tinggi, sehingga RM1 segelas.

Menurutnya, kesemua premis yang diberikan notis diminta untuk membekalkan maklumat berhubung perincian kos yang menyebabkan mereka meletakkan harga tersebut.

“Peniaga-peniaga diberi tempoh masa selama dua hingga lima hari bekerja untuk membekalkan maklumat yang diarahkan.

“Sekiranya mereka didapati bersalah, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Seksyen 14(1) atas kesalahan mengambil keuntungan yang tidak munasabah atau mencatut,” katanya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI