fbpx
SAODAH melayan pelanggan yang mahu membeli juadah sarapan pagi di gerainya yang berdekatan dengan BalaI Bomba dan Penyelamat Kangar semalam.

Jual nasi lemak RM1 pun untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang wanita mampu meraih RM1,000 sehari dengan menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus di sebuah gerai berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Kangar di sini.

Pemilik gerai Paduka Corner, Saodah Abdul Rahman berkata, selain nasi lemak, dia turut menjual hampir 30 menu sarapan pagi termasuk bihun goreng, kuetiau dan kuih muih dengan harga juga RM1 sebekas.

Menurutnya, dia mula menjual kira-kira pukul 5.30 pagi setiap hari dan hanya akan cuti jika terdapat kecemasan atau kematian.

“Saya menjual nasi lemak telur dan lauk antaranya gulai ayam, bilis telur dan kurma daging pada harga RM1 setiap satu. Kuih se­perti onde-onde, kuih talam, pulut sambal pula dijual pada harga RM1 untuk empat biji.

“Alhamdulillah, setiap hari hampir 1,000 bungkus nasi lemak berjaya dijual dan setiap satu hanya pada harga RM1. Menjelang pukul 10 atau 11 pagi, hampir semua kuih-muih yang dibekalkan vendor habis dibeli pelanggan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Saodah berkata, dia bangun seawal 2.30 pagi untuk memasak beberapa juadah sarapan pagi seperti nasi lemak, bihun, kuetiau serta kuih tradisional seperti qasidah, bengkang roti, sandwic dan agar-agar.

Tambah wanita berusia 63 tahun itu, berkat sokongan pe­langgan yang tidak pernah putus, dia kini mampu berkongsi rezeki dengan enam vendor ibu tunggal yang membekalkan pelbagai jenis kuih di gerainya.

Tambahnya, dia berpegang kepada konsep keberkatan berkongsi rezeki dan percaya prinsip itu menjadi faktor yang membolehkan dirinya bertahan lebih 40 tahun dalam perniagaan.

Jelasnya, walaupun keuntungan yang diperoleh tidaklah begitu besar, beliau tetap yakin keberkatan dalam perniagaan itu sentiasa ada, apatah lagi niat berniaga sambil membantu turut disertakan bersama.

“Pertama, apabila kita menjual pada harga rendah, kita membantu golongan kurang bernasib baik sekurang-kurangnya untuk mengisi perut mereka.

“Kedua, ia juga strategi pemasaran kerana harga murah membuatkan orang ramai bercakap tentang gerai ini, sekali gus menarik lebih ramai pelanggan tetap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN