fbpx

Ibu mengandung antara 7 mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta BMW yang terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuh Raya Pasir Gudang, Johor hari ini. Foto : RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang ibu yang mengandung lima bulan beserta tiga anak kecil antara tujuh mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Lebuh Raya Pasir Gudang, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II, Wan Nor Afandi Wan Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.37 petang.

Menurutnya, tujuh anggota beserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori Isuzu, sebuah BMW dan sebuah Perodua Alza.

“Dalam kemalangan tersebut, hanya pemandu lori yang berusia 50 tahun cedera ringan, manakala pemandu dan penumpang BMW selamat.

“Sementara itu, pemandu Perodua Alza yang merupakan seorang ibu mengandung berusia 35 tahun dan kandungannya berada dalam keadaan selamat, tiga anaknya yang berusia antara 3 hingga 10 tahun juga selamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Wan Nor Afandi, operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada pukul 3.19 petang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI