fbpx

Netizan doakan bekas kekasih Haris bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amal Syahmina. Kredit Instagram

PETALING JAYA – Pernah sohor kini (trending) di laman Twitter sebelum ini apabila dikaitkan dengan peserta Pencetus Ummah, Haris Ismail, 26, namun perkongsian Amal Syahmina kini masih lagi mendapat perhatian netizen.

Pemerhatian Kosmo! di laman Instagram miliknya mendapati, rata-rata netizen tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada Amal Syahmina walaupun Haris telah mendirikan rumah tangga dengan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor, 32 baru-baru ini.

Terbaharu, Amal Syahmina ada memuat naik gambarnya tersenyum sambil memegang sejambak bunga dan tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen memuji kecantikan gadis itu.

Seorang netizen dikenali sebagai Rose berkata, Amal Syahmina kelihatan cantik di dalam gambar itu selain turut mendoakan kebahagiannya.

“Semoga Amal dipertemukan jodoh yang baik. Amin. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui,” katanya.

Amal Syahmina juga dilihat membalas satu komen yang mengucapkan tahniah kepadanya.

“Alhamdulillah. Terima kasih,” balasnya ringkas.

Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan menitipkan doa agar gadis itu bertemu jodoh dengan lelaki yang baik serta mendapat kebahagian yang diimpikan.

Terdahulu, nama Amal Syahmina menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu kenyataan mendedahkan hubungannya dengan Harris terlerai selepas kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa dia reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baru tanpa dibayangi kisah silam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI