fbpx
MANE gagal memberikan aksi terbaik untuk membantu Liverpool memberikan cabaran kepada Real ketika mereka tewas 1-3 awal pagi semalam. – AFP

Liverpool digesa rehatkan Mane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas bintang Liverpool, Stephan Warnock menggesa supaya pengurus pasukan itu, Jurgen Klopp tidak lagi menjadikan Sadio Mane sebagai pemain yang ‘wajib’ diturunkan dalam setiap aksi pasukan itu.

Liverpool mempamerkan aksi buruk dalam tempoh 45 minit pertama ketika mereka tunduk 1-3 kepada Real Madrid pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Madrid awal pagi semalam.

Mereka ketinggalan 0-2 pada aksi pertama sebelum Moha­m­ed Salah memberikan harapan dengan jaringan kira-kira enam minit selepas babak kedua bermula tetapi gawang mereka dibocori sekali lagi menyebabkan tugas sukar menanti mereka di Anfield nanti.

Pada aksi berkenaan, Mane kekal bermain untuk tempoh 90 minit permainan tetapi Warnock mengakui dia langsung tidak teruja melihat aksi yang dipamerkan oleh pemain dan percaya sudah sampai masanya untuk pemain lain diberikan peluang.

“Saya minta maaf, sudah sampai masanya untuk Mane digugurkan daripada pasukan ini. Saya tidak berniat apa-apa untuk berkata demikian tetapi persembahannya layak untuk membuatkan pemain lain diberikan peluang,” katanya menerusi muat naik di laman Twitter.

Mane sekadar meledak 12 gol dalam 38 aksi bersama Li­verpool musim ini berbanding 22 gol dalam 47 aksi sepanjang musim lalu.

Dalam pada itu, pengulas bola sepak, Chris Sutton bersetuju dengan keputusan pengendali England, Gareth Southgate yang tidak menamakan Trent Alexander-Arnold di dalam skuad kebangsaan itu.

Katanya, gol kedua yang dijaringkan oleh Real menerusi Marco Asensio adalah kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain itu menyebabkan Liverpool ketinggalan 2-0 dan mengganggu usaha mereka mencari gol penyamaan. –AGENSI