fbpx

Kadar penginapan hotel meningkat 33 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hotel Primula yang merupakan salah satu hotel yang terdapat di Kuala Terengganu.

KUALA NERUS – Kadar penginapan hotel di negara ini menunjukkan peningkatan positif sejak aktiviti rentas negeri bersyarat untuk aktiviti pelancongan domestik dibenarkan kerajaan pada bulan lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan data diberi Perhotelan Malaysia, kadar penginapan hotel telah meningkat kepada 33 peratus sejak rentas antara negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan kerajaan mulai 5 Mac lalu.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) 2.0 dikuatkuasakan hampir di seluruh negara pada Januari lalu, kadar penginapan hotel hanya 20 peratus.

“Begitu pun, sebaik kelonggaran bersyarat diberikan pada 5 Mac lalu, kadar penginapan hotel telah meningkat kepada 24 peratus sebelum melonjak kepada 33 peratus pada waktu ini,” katanya selepas merasmikan program Jerayawara Dasar Pelancongan Negara 2020 – 2030 Zon Pantai Timur di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini membenarkan aktiviti pelancongan domestik antara negeri-negeri yang berada di bawah PKPP dengan syarat menggunakan kemudahan pengangkutan dan pakej disediakan ejen pelancongan berdaftar.

Nancy berkata, pelancongan domestik untuk memberi pulangan yang signifikan kepada ekonomi negara kerana diunjur mampu menjana pendapatan RM103 bilion. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI